Powered By Blogger

Thursday, May 19, 2011

Hati...oh Hati....

Salam,

Hati..oh hati,

Begitu sukarnya untuk mengawalmu,
Ada ketika ikhlas,
Ada ketika tidak,
Ada ketika sabar,
Ada ketika gopoh,
Ada ketika tenang,
Ada ketika resah.

Hati..oh hati,
Sudah puas ku cuba merawatmu,
Tetapi masih juga belum sembuh,
Apakah disebabkan penawar yang kubutuhka,
Sebenarnya racun yang kuusahakan.

Hati..oh hati,
Apakah mutmainnah yang yang kuidamkan,
Tetapi amarah yang kubajai,


Hati...oh hati,
Ku azamkan agar kau kuat dan sabar,
Menghadapi segala pancaroba dan mehnah dunia,
Dari bisikan syaitan juga manusia,
Agar kau kembali tenang dan ceria,
Bertemu Allah yang Maha ESA.

Friday, February 26, 2010

Ibn Lutfi Kedua

Alhmadulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah mengizinkan dan memudahkan urusan kelahiran Muhammad Danish Nuruddin pada 24 Febuari 2010 bersamaan 11 Rabiulawal 1431H, mudah2an dapat jadi anak yang soleh.

Insya-Allah gambar akan diupload kelak.

Wednesday, February 10, 2010

Hantar Idah Ke KLIA


Alhamdulillah idah dah selamat sampai kat wellington, dia kata kat sana musim bunga. along sefamili doakan idah selamat kat sana. Jangan lupa nanti balik bw beruang koala.

Gambar di KLIA- Hantar Idah Ke NZ

Ida tak mau balik spital

Assalamualaikum,

Ida x mau balik spital, dia kata tunggu nak beranak baru nak balik, dah puas dah upi nachat tp dia tak nak dengar. Tolong nacht skit .................

Friday, February 5, 2010

Idah nak gi New Zealand

Assalamualaikum,

Lagi 2 hari idah nak gi New Zealand sambung study maybe 4-5 tahun, tinggal le ayah n ibu kat umah.

Along n family doakan kejayaan idah kat sanan mudah2an dikuatkan iman n dilindungi Allah selamanya.

Selamat berjuang idah.

Thursday, February 4, 2010

Percubaan pertama membuat BLOG sendiri

Assalamualaikum dan salam perkenalan,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikan keizinan-Nya kepada upi untuk mewujudkan blog sendiri.

Teruja tengok angah dengan idah ada blog sendiri, dan memandangkan idah bakal ke oversea x lama lagi, rasanya lebih baik ada blog untuk memudahkan perhubungan.

Mudah-mudahan diikhlaskan niat kerana Allah.